Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AHMAD BAKHTIAR | AHMAD BAKHTIAR (1902-1961), penulis. Dia lahir pada 2 Januari 1902 di Kajang, Selangor. Nama sebenarnya ialah Ahmad bin Abdullah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semenyih dan kemudiannya memasuki Sekolah Melayu Kajang. Setelah menamatkan persekolahannya di Kajang, dia berkhidmat di Pejabat Daerah Kajang. | SASTERA | Konsep |
ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, TUN | ABDUL AZIZ ABDUL MAJID, Tun (1908-1975), Yang Dipertua Negeri Melaka yang ketiga (1971-1975). Dia lahir pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
LEFTENAN ADNAN | LEFTENAN ADNAN (1915 1942), perajurit tanah air. Dia lahir di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Ibu bapanya berasal dari Bukittinggi, Sumatera Barat (Minangkabau), Indonesia dan telah menetap di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Dia memperoleh pendidikan formalnya di Sekolah Melayu Kampung Sungai Ramal hingga lulus Darjah Lima. Bagi menambahkan ilmu pengetahuannya dia memasuki Sekolah Agama di Jenderam selama dua tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KALA DEWATA | KALA DEWATA (1925- ), penulis skrip drama. Dia lahir pada 1 Julai 1925 di Kajang. Nama sebenarnya ialah Mustapha Kamil bin Yassin. Dia juga pernah menggunakan nama samaran MKY dan M.K. Yassin. | SASTERA | Tokoh |
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN | TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, Tun (1900-1981), ahli politik. Dia lahir di Nanga Gaat, Kapit, Sarawak. Penglibatan awalnya dalam politik bermula pada 1 Mei 1924, apabila dia dilantik sebagai penghulu. Dia telah mendamaikan permusuhan yang telah lama berlaku antara kaum Iban dengan suku kaum Kayan, Kenyah dan Kajang. Semasa pendudukan Jepun (1941-1945), dia bersama-sama pengikutnya telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menentang tentera Jepun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
RAJA UDA RAJA MUHAMED, TUN | RAJA UDA RAJA MUHAMED, Tun (1894-1976), Gabenor Pulau Pinang yang pertama (1957-1967). Raja Uda, yang berketurunan Daeng Celak, dilahirkan di Tembok, Kuala Langat, Selangor. Setelah tamat pendidikannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Raja Uda berkhidmat di pejabat gabenor di Singapura. Pada tahun 1919, Raja Uda telah dipindahkan ke Kajang sebagai penolong pegawai daerah. Kemudian dia dipindahkan ke beberapa daerah lain dalam perkhidmatan yang sama, antaranya di Kuantan, Kuala Selangor, Kuala Pilah dan Jugra. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata kajang |
|
Puisi |
---|
|
Kajang tuan kajang berlipat, Kajang saya mengkuang layu; Bujang tuan bujang bertempat, Bujang saya terbuang lalu.
Lihat selanjutnya... |
|