Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan kata yang diterangkannya. Lihat Ayat. Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa. Dalam bahasa Inggeris kita katakan I gave Jim the ball. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin I the ball Jim gave. Apabila kita menyusun kata dalam tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna yang kita maksudkan. Ayat I was shown a book in black leather by the clerk mempunyai makna yang berbeza daripada ayat I was shown a book by the clerk in black leather, maknanya telah berubah kerana sintaksisnya berubah. |