Teuton ialah nama yang kadang-kadang diberikan kepada orang Jerman. Perkataan ini wujud daripada perkataan Teutones atau Teutoni iaitu orang Jerman yang pertama kali dengan bantuan orang Cimbri menggugat kekuasaan Rom. Bersama-sama dengan jirannya Ambron, orang Teuton meninggalkan tanah air mereka ke muara Sungai Elbe pada tahun 100 S.M. Di Gaul (kini di Perancis), mereka bersekutu dengan Cimbri, Jeneral Rom Gaius Marius mengalahkan orang Teuton di Aquae Sextiae (kini di Aix-en-Provence, Perancis) pada tahun 102 S.M. Tahun berikutnya mereka menawan Cimbri di Itali. |