Khemah ialah tempat perlindungan mudah alih yang digunakan oleh pekhemah-pekhemah untuk berlindung daripada cuaca dan serangga. Kebanyakan khemah terdiri daripada sebuah rangka yang diperbuat daripada kayu, kaca gentian, atau logam dengan sarung dan lantainya daripada nilon, kanvas dan kain kapas. Khemah dibuat dalam pelbagai saiz dan bentuk. Ia mungkin sebuah khemah model kecil untuk seorang pekhemah hinggalah kepada sebuah kabin yang besar yang boleh memuatkan enam orang dewasa. |