Salem (pend. 38 264) ialah bandar di Massachusetts, Amerika Syarikat. Bandar ini merupakan salah sebuah bandar yang penuh sejarah di New England serta tempat pengadilan tukang sihir pada tahun 1690-an. Pada sekitar tahun 1850-an, Salem menjadi pusat industri kapas. Kini keluaran bandar ini meliputi kabel, mentol denyar, permainan, lampu, plastik, dan keluaran kulit. Salem State College terletak di Salem. Banyak rumah yang bersejarah terletak di bandar ini termasuk rumah tempat lahir Nathaniel Hawthorne dan House of Seven Gables. |