Persetiaan Geneva ialah suatu siri daripada empat perjanjian antarabangsa yang ditandatangani pada 20 dan 21 Julai 1954. Perjanjian ini menamatkan peperangan lebih daripada 7 tahun di bekas tanah jajahan Perancis, di Indochina. Dalam peperangan tersebut, kuasa tentera Kemboja, Perancis, Laos, dan negara Vietnam telah memerangi pasukan tentera Vietminh. Vietminh ialah gerakan nasionalis yang dikuasai oleh komunis dan dipimpin oleh Ho Chi Minh, pemerintah Republik Demokrasi Vietnam. Kerajaan Vietnam berpusat di Selatan Vietnam. Kerajaan Republik Demokrasi Vietnam berpangkalan di Utara Vietnam. |