Saroyan, William (19081981) ialah penulis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya, Saroyan menulis: Dalam kehidupan ini, cubalah anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda. Karya Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih bersifat sentimental daripada bersifat objektif terutama paparannya tentang kanak-kanak dan kehidupan golongan pekerja. |