Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI | EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah ( ) atau Jawi ( ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah Aqaid al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
| BAHASA | Bahasa |
PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA | PEDOMAN EJAAN JAWI ZA'BA, satu sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam buku karangan Za'ba yang berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Buku ini diterbitkan pada tahun 1949. Usaha mengumpul bahan untuk buku ini bermula pada tahun 1918 tetapi hanya pada tahun 1938 bahan-bahannya siap dikumpul. Pada bahagian permulaan buku ini diberikan kaedah tulisan Melayu dengan huruf Jawi atau dengan kata lain Pedoman Ejaan Jawi bagi bahasa Melayu. Sebenarnya sebelum disusun kaedah ejaan Jawi yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu, Za'ba telah menulis sebuah buku yang berjudul Rahsia Tulisan Jawi (1931). Pada tahun 1940, Za'ba memasukkan kaedah ejaan Jawi ke dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. | BAHASA | Bahasa |
KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS | KAMUS JAWI-MELAYU-INGGERIS, kamus yang disusun dan dihasilkan oleh R.J. Wilkinson, pegawai pentadbir British di Lumut, Perak pada tahun 1903. Judul asal kamus ini ialah A Classic Jawi-Malay-English Dictionary dan diterbitkan semula oleh Penerbit Baharudinjoha, Alai, Melaka pada tahun 1985 dengan judul Manuskrip Klasik Kamus Jawi-Melayu-Inggeris. Kamus Jawi-Melayu-Inggeris setebal 785 halaman ini menggunakan dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam aksara Jawi dan Rumi. Pada tahun 1932, edisi kedua kamus ini diterbitkan dengan judul A Malay-English Dictionary tanpa tulisan Jawi. | BAHASA | Penerbitan |
DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI | DAFTAR EJAAN RUMI-JAWI, buku daftar ejaan setebal 198 halaman, yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988 yang memuatkan perkataan umum dan istilah bahasa Melayu dalam ejaan Rumi dengan padanan ejaan Jawi. Daftar ini bertujuan memenuhi kekurangan sumber rujukan dalam menyelesaikan beberapa masalah ketidakseragaman ejaan Jawi. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): alif (), wau (), dan ya () telah mengalami perkembangan yang banyak. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal yang menjadi pedoman/panduan masyarakat ialah Sistem Ejaan P.Bm.P.B. Diraja, Sistem Ejaan Zaba, Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, dan Sistem Ejaan Dian. | BAHASA | Karya |
JAWI PERANAKAN | JAWI PERANAKAN, ETNIK Melayu keturunan India Muslim berasal dari India Selatan yang lahir di Pulau Pinang. Dalam tahun 1860-an, istilah Jawi Peranakan digunakan untuk merujuk mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan berdarah Melayu. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
BABAD TANAH JAWI | BABAD TANAH JAWI, karya histriografi Jawa. Babad Tanah Jawi ditulis dalam bahasa Jawa baru, dalam bentuk syair, pada abad ke-17. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI | DAFTAR EJAAN MELAYU JAWI-RUMI, sebuah buku yang mengandungi huraian terperinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaan Jawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan (dipungut, dikumpulkan, disusun dan diatur) oleh Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba) dan diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim. Buku ini pertama kali dicetak pada tahun 1949 di Gudang Cap Printers Limited, Singapura, dan tergolong dalam siri The Malay School Series No. 31. | BAHASA | Karya |
BERINGIN | BERINGIN, (Ficus benjamin linn dan digolongkan dalam famili Moraceae), pokok peneduh yang dapat digunakan dalam perubatan tradisional Melayu. Pokok ini dikenal juga dengan nama lain iaitu ara, weringin, jawi-jawi, jejawi dan kelat sega. Terdapat banyak lagi spesies yang tergolong falam genus Ficus di Malaysia tetapi hanya Ficus benjamina sahaja yang dirujuk sebagai beringin. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
SENI KHAT | Seni khat ialah seni tulisan huruf Jawi yang mengandungi nilai keindahan dan gaya estetik. Seni khat dibentuk menjadi memanjang, memendek, membulat, membujur, merentang, menegak, bersegi, condong dan sebagainya. Ayat- ayat al-Quran, hadith-hadith nabi dan kata-kata hikmat sering kali dipetik dan dijadikan penulisan khat. Keindahan seni khat bukan sahaja dirakamkan atas kertas seperti tulisan al-Quran, kitab dan surat tetapi juga atas kain, kulit, logam, tembikar, kaca, batu nisan, kayu, mimbar, mahkota dan plastik. Seni khat ini boleh dirakamkan dalam bentuk sulaman, anyaman, tekatan, lukisan, dan sebagainya. Penemuan terawal seni khat di Malaysia ialah yang terdapat pada batu bersurat Terengganu pada tahun 1303. | UMUM | |
AL-RIWAYAT | AL-RIWAYAT, majalah sastera dwibulanan bertulisan Jawi. Majalah ini diterbitkan dan dicetak oleh Matbaah al-Maaruf, Kelantan sejak 1 November 1938. | SASTERA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawi |
|
Puisi |
---|
|
Melenguh jawi belang untung, Tiap ke sawah orang bajakkan; Menangis nan buruk untung, Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.
Lihat selanjutnya... |
|