Astronomi, ilmu falak atau astronomi adalah ilmu yang mengkaji bintang, planet dan benda- benda lain yang terdapat dalam alam semesta. Ahli- ahli astronomi sentiasa meneropong kedudukan dan pergerakan setiap jirim angkasa lepas. Penumpuan ahli astronomi tidak terhad kepada kegiatan meneropong semata-mata, malah mereka cuba mencari jawapan kepada persoalan seperti Apakah rencaman bintang-bintang? dan Bagaimanakah bintang mendapat cahaya. Oleh sebab itu, sesetengah ahli astronomi ini juga dikenali sebagai astrofizik, iaitu mereka yang mengkaji tindak balas fizik dan kimia yang berlaku di angkasa lepas. |