Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
JAUHARI | | UMUM | |
BUKHARI AL-JAUHARI | BUKHARI AL-JAUHARI ( ? - ? ), tokoh kesusasteraan Melayu klasik. Namanya dikatakan mempunyai maksud Bukhari dari Johor. Walau bagaimanapun pernah timbul percanggahan pendapat tentang namanya yang boleh juga membawa erti Bukhari Saudagar Permata kerana perkataan Bukhari merujuk kepada seorang yang pakar tentang batu-batu permata. Dari sudut perlambangan, nama Bukhari al-Jauhari mungkin mengandungi maksud bahawa sebagai seorang pengarang (Bukhari), dia mempunyai pengetahuan (permata) yang mendalam tentang apa yang diperkatakannya dalam karyanya. Kekeliruan tentang nama ini timbul kerana perkataan jauhar bermakna permata tetapi mengikut Rouffiaer (seorang sarjana Belanda), sememangnya nama negeri Johor berasal daripada kata jauhar yang bermakna permata. | SASTERA | Tokoh |
BUSTANU'S-SALATIN | BUSTANUS US-SALATIN, kitab sastera Melayu klasik yang bermaksud Taman Raja-raja. Kitab ini dikarang oleh Syekh Nuruddin ar-Raniri pada tahun 1638 atas perintah Sultan Iskandar Muda, Acheh. Malah dikatakan kitab ini dilahirkan untuk menyaingi Tajus-Salatin karya Bukhari al-Jauhari. Dibandingkan dengan Tajus-Salatin yang hanya memmpunyai nilai keagamaan, Bustanus-Salatin pula mempunyai kedua-duanya iaitu nilai-nilai keagamaan dan sejarah. Bahkan nilai sejarah mempunyai peranan terpenting dalam karya ini. | SASTERA | Kitab |
TAJUS SALATIN | TAJUS SALATIN, kitab daripada genre sastera ketatanegaraan. Tajus Salatin menjadi pegangan kepada raja dan pembesar negara Islam mentadbir negara masing-masing. Tajus Salatin juga dikenal dengan nama Mahkota Segala Raja-raja. Terdapat beberapa pendapat mengenai pengarang sebenar kitab ini. Menurut R.O. Winstedt, kitab ini adalah hasil kesusasteraan Parsi dan pengarangnya ialah seorang jauhar (saudagar permata) dari Bokhara. Kitab ini disadurnya ke dalam bahasa Melayu pada tahun 1603 di Aceh. Rouffiaer (seorang sarjana Belanda) mengatakan bahawa jauhar adalah Johor dan fakta ini diperkuatkan lagi oleh Roorda van Eijsinga yang mengatakan pengarangnya adalah Bokhari dari Johor. Berdasarkan pendapat ini, pengarang Tajus Salatin dipercayai ialah Bukhari al-Jauhari, seorang tokoh kesusasteraan Melayu klasik yang hidup pada awal abad ke-16. pendapat lain juga dikemukakan oleh Hooykaas, Ronkel, Valentyn dan de Hollander. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| jauhari | | Rujuk :ahli |
|
|