Siput ialah haiwan yang badan lembutnya biasanya diliputi cangkerang berlingkar. Siput merayap menggunakan organ berotot yang kuat yang dikenali sebagai kaki. Badannya mempunyai kepala berserta tentakel, mata, mulut, dan gigi yang halus. Mungkin terdapat lebih daripada 80 000 jenis siput. Sesetengahnya lebih kecil daripada saiz kepala jarum peniti. Yang lain membesar sehingga 60 sentimeter panjangnya. |