Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan. Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne. Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun 1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan meluas malah kerap kali tidak sesuai digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan banyak mikroorganisma dapat menentang kesan daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat mikroorganisma ini. |