Portland, Duke of (17381809) ialah perdana menteri Britain yang memegang jawatannya sebanyak dua kali. Semasa memimpin Parti Whig (lihat Parti Whig ), dia mengetuai kerajaan campuran untuk jangka waktu yang pendek pada tahun 1783. Pada tahun berikutnya, pendiriannya berubah dan dia keluar daripada Parti Whig, lalu menyertai Parti Tory. Dari tahun 1794 hingga tahun 1801, dia berkhidmat sebagai setiausaha dalam negeri di bawah William Pitt the Younger. Pada tahun 1807, dia kembali menjadi perdana menteri dan mengetuai kerajaan Tory. |