Neptun ialah salah sebuah daripada dua buah planet yang tidak boleh dilihat tanpa menggunakan teleskop. Neptun terletak kira-kira 30 kali ganda jauh dari matahari berbanding dengan bumi ke matahari. Pluto ialah satu-satunya planet yang terletak lebih jauh dari matahari. Tetapi pada setiap 248 tahun, Pluto beredar ke dalam orbit Neptun untuk jangka masa selama 20 tahun, dan ketika itu ia terletak lebih dekat dengan matahari berbanding Neptun. Pluto merentasi orbit Neptun pada 23 Januari 1979 dan akan berada di situ sehingga 15 Mac 1999. |