Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUTERA | Sutera ialah gentian yang kuat dan berkilat (bahan seperti benang) yang digunakan untuk membuat kain. Sutera mempunyai kecantikan semula jadi yang tidak dimiliki oleh kain jenis lain. Oleh sebab itulah kain sutera sering kali disebut sebagai raja segala gentian. Serat sutera dihasilkan daripada kokun ulat yang dikenali sebagai ulat sutera. Banyak haiwan lain, termasuk labah-labah dan lacewing menghasilkan benang sutera. Tetapi sutera yang dihasilkan itu tidak dapat dibuat kain secara ekonomi. | UMUM | |
BIDALAN | BIDALAN, peribahasa yang mempunyai makna selapis; apa-apa yang dikatakan itulah ertinya. | SASTERA | Konsep |
SANDBURG, CARL | Sandburg, Carl (18781967) ialah penyair, penulis biografi dan ahli sejarah Amerika. Dua tema utama menguasai karyanya. Salah satunya ialah usaha mencari erti sejarah Amerika. Satu lagi melibatkan keghairahannya terhadap manusia biasa Amerika. Dengan memetik kata-kata Rudyard Kipling, Carl Sandburg berkata tentang dirinya: Aku akan menjadi jurubicara rakyat. Mulutku akan berdarah dan dari mulut itulah sumpalnya diragut. Aku akan mengatakan apa sahaja. | UMUM | |
SURAH AL-TAGHABUN | Surah al-Taghabun ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-64 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 18 ayat. Surah ini dinamakan al-Taghabun (tipumenipu) berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Pada hari Allah S.W.T. menghimpunkan kamu pada hari berkumpul (kiamat), itulah hari al- Taghabun (tipu-menipu).... (Surah al-Taghabun 64:9) | UMUM | |
LARAS BAHASA | LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu...., kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain. Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum. | BAHASA | Bahasa |
JAHLELAWATI | JAHLELAWATI (1937-1979), penulis wanita Singapura. Dia lahir di kota Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Halijah. Ketika berusia awal belasan tahun, dia sudah terlibat dalam cerita bangsawan sebagai pelakon kanak-kanak. Ketika itulah dia sering dibawa merantau di sekitar Nusantara. Dia sampai di Singapura pada tahun 1949. Ketika itu, Singapura sedang berkembang sebagai pusat persembahan sandiwara. | BUDAYA | Tokoh |
SURAH AL-NASR | Surah al-Nasr ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-110 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi tiga ayat. Surah ini dinamakan al-Nasr (kemenangan) kerana isi kandungannya menceritakan mengenai kemenangan yang gemilang bagi umat Islam, iaitu kemenangan besar ketika pembukaan kota Makkah. Pada hari kemenangan ini jugalah Rasulullah s.a.w. menggambarkan tanda kesempurnaan risalahnya, maka dengan sebab itulah surah ini juga dinamakan surah al-Tawdi (selamat tinggal). | UMUM | |
KESULTANAN KEDAH | KESULTANAN KEDAH, institusi kerajaan Kedah. Menurut sumber lisan dan legenda, asal usul institusi kerajaan Kedah berhubung rapat dengan Raja Rum yakni Turki (Hikayat Merong Mahawangsa), Raja Parsi (AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah), kerajaan Moghul di India (Sudut Pandan), dan Raja Maurya di India (Tawarikh Salahsilah Kedah Bahagian I). Walaupun sumber ini merupakan legenda dan sumber lisan, tujuan utama sumber tersebut adalah untuk memaparkan kemuliaan dan kesaktian asal usul Raja Kedah. Kemuliaan dan kesaktian itulah yang menjadi syarat utama hak kelayakan dan legitimasi dinasti Merong Mahawangsa sebagai dinasti pemerintah negeri Kedah dari zaman lampau hingga kini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
UJIAN TOKOKAN TEKANAN | Kaedah ujian telaga yang sering digunakan dalam industri petroleum. Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mendapatkan keupayaan reservoir (kh) atau kebolehtelapan-tebal dan kulit (S) telaga. Kadangkala, tekanan purata reservoir juga diperoleh menerusi ujian ini. Untuk menjalankan ujian tokokan tekanan, mula-mula telaga ditutup sehingga tekanan reservoir menjadi stabil. Selepas itu, telaga dibuka dan dialirkan. Hal ini menyebabkan tekanan reservoir menyusut. Seterusnya telaga ditutup sekali lagi dalam sela masa tertentu. Semasa telaga ditutup, tekanan permukaan formasi diukur. Penutupan kali kedua ini menyebabkan tekanan reservoir bertambah. Itulah sebabnya ujian ini dinamai ujian tokokan tekanan.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Kaedah |
MANSUR SAMIN | MANSUR SAMIN (1930 - ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata itulah |
|
Puisi |
---|
|
Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati.
Lihat selanjutnya... |
|