| Tajuk | 
    Sinopsis | 
    Bidang | 
    Klasifikasi | 
   
  | ISI PADU |  | UMUM |  |  
  | KETUMPATAN | Ketumpatan ialah jisim  iaitu jumlah jisim  dalam  unit isi padu bagi mana-mana bahan. Ketumpatan  bahan boleh didapati dengan membahagikan jisim dengan  isi padunya.   | UMUM |  |  
  | DAGING | Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan.  Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot,  tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap  sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan  di negara industri diperoleh daripada haiwan yang  diternak untuk makanan. Haiwan ini  dan daging  yang diperoleh daripadanya  ialah lembu, babi,  biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging  haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu,  ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan  daging.  | UMUM |  |  
  | MUNTAH | Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya).  | UMUM |  |  
  | METER GAS | Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan boleh bergerak, yang membahagikannya kepada dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat kebuk yang berasingan.  | UMUM |  |  
  | METER AIR | Meter air ialah alat yang mengukur isi padu air yang mengalir melalui paip atau saluran besar. Jenis meter air yang paling dikenali memusingkan nombor pada daftar yang berfungsi seperti  odometer  (perekod perbatuan) pada kereta. Jenis ini digunakan oleh syarikat air untuk mengukur penggunaan air di rumah, kilang, dan premis perniagaan.  | UMUM |  |  
  | KOPRA | Kopra atau kelapa kering ialah isi kelapa  yang telah dikeringkan.  | UMUM |  |  
  | BRAN | Bran ialah kulit keras luar isi barli, jagung, beras,  gandum, dan bijian bijirin yang lain. Bran biasanya  diasingkan daripada isi semasa mengilang. Bran  mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia juga  mengandungi zat besi, niasin dan vitamin B yang  lain, fosforus, protein dan kanji.   | UMUM |  |  
  | PUFFBALL | Puffball ialah kulat yang mengeluarkan buah berbentuk bola yang mengandungi spora di dalamnya. Banyak puffball mempunyai isi berwarna putih. Ia boleh dimakan selagi isinya belum bertukar warna, atau menjadi bersabut. Apabila puffball matang, bahagian dalamnya menjadi longgokan spora berserbuk, berwarna kekuningan atau keunguan atau hijau.  | UMUM |  |  
  | SUSU PEKAT | Susu pekat ialah susu yang telah dipasteurkan dan dipekatkan. Ia dibuat dengan menyejatkan air daripada susu untuk mengurangkan isi padu susu sebanyak setengah susu. Susu ini tidak disteril, dan mesti disimpan dalam peti sejuk untuk mencegahnya daripada rosak. Susu pekat adalah sumber protein, kalsium, dan vitamin B2 yang baik.  | UMUM |  |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata isi; |  
  |  
  
   | Puisi | 
|---|
  |   
  Nangka dikata cempedak,      Cempedak di dalam kuali,  Masak beri berkuad;      Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali,  Mengapa maka dimarah.
 
 
 
  Lihat selanjutnya... |  
  
    |