Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya berwarna kehijauan kerana kandungan besinya. Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang emas memotong dan mencanai peridot berkualiti tinggi untuk menghasilkan permata yang mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai barang kemas yang indah-indah. Peridot yang rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan empelas dalam proses yang dikenali sebagai tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan. Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran untuk bulan Ogos. |