Madison, James (17511836) ialah presiden  keempat Amerika Syarikat yang berkhidmat dari  tahun 1809 hingga tahun 1817. Dia digelar Bapa  Perlembagaan Amerika Syarikat kerana dia  merancang sistem sekatan dan imbangan yang  boleh mengawal kerajaan Amerika Syarikat. Dia  menjadi presiden Amerika Syarikat semasa perang  tahun 1812 antara Amerika dan Britain. Madison  lahir pada 16 Mac, 1751 (5 Mac mengikut kalendar  yang digunakan pada masa itu), di Port Conway,  Virginia, pada waktu itu koloni British. Pada tahun  1776, dia berkhidmat di Majlis Perundangan  Virginia yang pertama yang menemukannya   dengan Thomas Jefferson (lihat Jefferson, Thomas ).  Pada tahun 1779, Madison telah dipilih untuk ke  Kongres Benua, dan kembali pada tahun 1783  untuk berkhidmat selama tiga penggal di dewan  perundangan negeri Virginia.  |