Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif, pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi gambar itu menjadi bingkai jendela. Pemandangan itu nampaknya menghilang di kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah jendela pemerhati. |