Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang 15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat, dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer. |