Nice (pend. 345 674; pend. kaw. met. 475 507) ialah bandar peranginan di French Riviera dan pelabuhan Mediterranean . Bandar ini terletak di kaki Pergunungan Alps berhampiran Itali (lihat Perancis [peta politik]). Bandar ini mempunyai jalan yang besar, hotel mewah, dan vila yang dikelilingi oleh taman. Sungai Paillon membahagikan bandar ini kepada dua bahagian, Pekan Lama di bahagian timur dan pekan moden di bahagian barat. Pergunungan Alps melindungi Nice daripada angin utara yang sejuk dan menyebabkan bandar ini mengalami musim sejuk yang sederhana. Kebanyakan penduduk bergantung kepada perdagangan pelancongan. Kebanyakan pelancong datang pada musim cuti musim sejuk antara bulan Januari hingga bulan April, atau dari bulan Julai hingga bulan September. Mardi Gras, yang menandakan kemuncak Pesta Riviera, adalah satu daripada beberapa pesta musim sejuk bandar ini (lihat Mardi Gras ). |