November ialah bulan ke-11 dalam satu tahun mengikut kalendar Gregory, yang digunakan hampir seluruh dunia hari ini. Ia mendapat namanya daripada novem, perkataan Latin bagi sembilan . Dalam kalendar awal orang Rom, November ialah bulan kesembilan. Oleh sebab Julai dinamakan sempena Julius Caesar dan Ogos bagi Augustus Caesar, Senat Rom menawarkan bulan ke-11 sempena Tiberius Caesar. Dia dengan hormat menolaknya, dengan berkata, Apakah yang anda akan lakukan jika anda mempunyai 13 orang maharaja? Pada asalnya bulan November mempunyai 30 hari, kemudian 29, dan 31. Sejak zaman Augustus, ia telah mempunyai 30 hari. |