Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SUTUR | Sutur merupakan garisan yang terbentuk dalam pencantuman tulang yang tidak bergerak seperti di tengkorak. Ia juga penutupan menerusi jahitan, ke atas hirisan luka dalam pembedahan. Bahan yang digunakan untuk menjahit luka juga dikenali sebagai sutur. Bahan sutur ini dibuat daripada catgut, sutera halus, linen, dawai dan nilon. Lihat juga Ligatur. | UMUM | |
MIKROTOM | Mikrotom ialah alat yang digunakan untuk memotong bahan menjadi sangat nipis supaya keratan rentasnya boleh dilihat melalui mikroskop. Ia mempunyai pemegang untuk mengepit spesimen, pisau setajam pisau cukur, panduan untuk pisau dan skru putar yang mengawal ketebalan hirisan. Lihat juga Mikroskop; Mikrotomi. | UMUM | |
BUNGA RAMPAI | BUNGA RAMPAI, campuran beberapa jenis bunga harum yang digaul dengan hirisan daun pandan dan daun limau purut berserta pewangi seperti air mawar, minyak atar, serbuk cendana dan diukup dengan setanggi atau dian ukup. | BUDAYA | Konsep |
MIKROTOMI | Mikrotomi pada asalnya bermakna potongan mikroskopik. Tetapi kini, ia bermakna seni menyediakan objek untuk pemeriksaan melalui mikroskop. Tanpa persediaan, sebilangan kecil objek boleh diperiksa dengan betul melalui mikroskop (lihat Mikroskop). Sekeping logam, misalnya mesti digilap dengan baik dan digores sebelum strukturnya boleh dilihat. Batu-batan digergaji menjadi hirisan cukup nipis untuk dilihat melalui teknik mikrotomi. | UMUM | |
KERABU | KERABU, makanan yang diperbuat daripada hirisan sayur-sayuran atau buah-buahan yang dicampur dengan kerisik, bawang, udang, cili, asam dan garam. | BUDAYA | Makanan |
LAKSA | LAKSA, mi kasar yang diperbuat daripada tepung beras. Laksa yang dicelur, dimakan bersama-sama hirisan timun, ulam, cili, bawang besar dan kuah. Kuah laksa diperbuat daripada isi ikan dan dimasak asam atau lemak | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata hirisan; |
|
|