Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KAVIAR | Kaviar ialah telur masin ikan sturgeon, sekumpulan ikan besar. Kaviar dianggap sebagai hidangan istimewa di banyak bahagian di dunia. | UMUM | |
TUDUNG SAJI | TUDUNG SAJI, sejenis alat yang direka khas untuk menutup hidangan makanan. Ia boleh menutup hidangan di atas meja, dalam dulang dan juga yang disusun di atas lantai. Kegunaannya semata-mata untuk menutup makanan daripada dihinggapi oleh lalat atau habuk. Hidangan yang ditutup dengan tudung saji boleh dibiarkan beberapa waktu dengan tidak perlu disimpan semula ke dalam periuk atau belanga. | BUDAYA | Alat/Alatan |
SAYUR | Sayur adalah mana-mana satu daripada banyak makanan berkhasiat yang diperoleh daripada daun, akar, biji, batang, dan lain-lain bahagian tumbuhan tertentu. Sayur dimakan mentah atau dimasak, dan digunakan sebagai sebahagian daripada hidangan utama, dalam salad dan sup dan sebagai snek. Selain sayur dan herba yang ditanam dimakan di negara kawasan tropika, terdapat lebih kurang 100 jenis sayur yang dimakan atau ditanam di merata dunia. | UMUM | |
SURAH AL-MA'IDAH | Surah al-Maidah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 120 ayat. Surah ini dinamakan al-Maidah (hidangan) berdasarkan perkataan itu yang disebut di dalamnya. Surah al-Maidah menceritakan tuntutan golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Maidah ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam banyak ayat al-Quran dengan gambaran yang halus daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. | UMUM | |
KEMANGI | Kemangi atau selasih ialah herba tahunan yang digunakan untuk memperisa makanan. Kemangi biasa atau kemangi manis mempunyai daun yang bergerigi tepinya, bunga berwarna putih keungu-unguan. Ia tumbuh setinggi kira-kira 30 sentimeter. Spesies pokok renek tumbuh sehingga 2.5 meter tingginya. Daun kemangi digunakan dalam sup, salad, dan hidangan daging. Kemangi boleh ditanam di laman daripada biji benihnya. Batangnya boleh dipotong dan dikeringkan untuk kegunaan pada musim sejuk. | UMUM | |
IKAN MASIN | IKAN MASIN, ikan yang diperap dengan garam dan dijemur. Proses ini dilakukan untuk menjadikan ikan tahan lama jika disimpan. Ikan masin dijadikan lauk dalam hidangan atau lauk pembuka selera. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
KUZI | KUZI, makanan yang bahan utamanya ialah ayam atau kambing. Kuzi mempunyai pengaruh Arab dan popular di Johor, Kelantan dan utara Semenanjung. Kuzi kerap disajikan sebagai hidangan pengantin atau dijadikan lauk hantaran pengantin perempuan. | BUDAYA | Konsep |
HALWA | HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa. | BUDAYA | Konsep |
KENDURI | KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya. Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan. Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi. | BUDAYA | Konsep |
|
Puisi |
---|
|
Nanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada.
Lihat selanjutnya... |
|