Neptunium ialah unsur yang dicipta secara artifisial dengan simbol kimia Np. Nombor atomnya ialah 93. Isotopnya yang paling stabil mempunyai berat atom 237 dan separuh hayat dua juta tahun (lihat Sinaran ). Neptunium ditemui oleh Edwin M. McMillan dan P.H. Abelson di University of California, Amerika Syarikat, pada tahun 1940. Ia mula-mula dihasilkan dengan membedil uranium dengan neutron perlahan. Neptunium yang dihasilkan dengan cara ini adalah tidak stabil dan mereput untuk membentuk isotop yang boleh digunakan untuk pembelahan nuklear. Ahli sains mencipta banyak neptunium dalam reaktor nuklear dan mengkaji sifat-sifat fizikal dan kimia. Logam neptunium mempunyai ketumpatan 20.25 gram per sentimeter padu pada 20 ° C. Ia melebur pada 639°C. |