Te Kooti (18311893) ialah pahlawan Maori yang menjadi ketua dan pemimpin yang teragung semasa Perang New Zealand. Pada tahun 1865, pasukan polis dan askar yang sedang memburu anggota pergerakan pemberontakan Hau Hau telah menahannya kerana mereka mengesyakinya sebagai perisik Hau Hau. Tanpa membawanya ke muka pengadilan, kerajaan terus membuangnya ke Kepulauan Chatham, iaitu sebuah kumpulan pulau lebih kurang 725 kilometer ke timur New Zealand. |