Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
HANG JEBAT | | UMUM | |
HANG TUAH | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HIKAYAT HANG TUAH | | UMUM | |
PINGAT HANG TUAH | PINGAT HANG TUAH, pingat atau anugerah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun sebagai pengiktirafan kepada jasa dan keberanian mereka menyelamatkan nyawa orang lain dalam masa kecemasan. Anugerah ini diberikan setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Jawatankuasa Pingat Hang Tuah dibentuk untuk memilih kanak-kanak yang layak menerima anugerah ini. | BUDAYA | Anugerah/Hadiah |
KESULTANAN MELAYU | KESULTANAN MELAYU, institusi kerajaan bagi Kedah, Perak, Terengganu, Selangor, Kelantan, Perlis, Pahang dan Johor. Kerajaan pula ialah institusi pemerintahan bagi Negeri Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
BUKIT CHINA | BUKIT CHINA, kawasan yang pernah menjadi perkampungan rombongan puteri Hang Li Po yang diutus oleh Maharaja China pada zaman kegemilangan kerajaan Negeri Melaka, terletak di tengah-tengah bandar Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
AWANG SEMAUN | AWANG SEMAUN, tokoh legenda Brunei. Wataknya mucul melalui karya sastera sejarah yang berjudul Syair Awang Semaun. Ketokohan Awang Semaun dalam masyarakat Melayu Brunei, dapat dibandingkan dengan ketokohan Hang Tuah bagi masyarakat Melayu amnya. | SASTERA | Konsep |
KAMPUNG HULU | KAMPUNG HULU, kampung petempatan orang Melayu dan terletaknya Masjid Kampung Hulu. Kampung ini terletak di tengah-tengah bandar Melaka, terpisah dari Kampung Jawa dan Jalan Bunga Raya oleh Sungai Melaka. Kawasan kampung ini tidak luas iaitu dari Masjid Kampung Hulu hingga ke Dewan Hang Tuah. Sempadan di utaranya ialah Jalan Kubu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SULASTIN SUTRISNO | SULASTIN SUTRISNO (1924 1996), sarjana dan penyelidik kesusasteraan Indonesia. Dia lahir pada 23 November 1924 di Kediri, Indonesia. Setelah tamat persekolahan rendah, menengah dan tinggi antara tahun 1937 hingga tahun 1945, dia meneruskan pengajiannya di universiti dan memperoleh ijazah pertama pada tahun 1950. Pada tahun 1959, Sulastin memperoleh ijazah Sarjana Sastera Timur dari Fakultas Sastera dan Kebudayaan, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Pada tahun 1970, dia mengikuti kursus Penataran Bahasa Belanda di Universitas Indonesia, Jakarta. Dari tahun 1972 hingga tahun 1974, dia melanjutkan pengajiannya dalam bahasa Belanda dan Ilmu Filologi, di Universiti Leiden, Belanda. Dia dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1979. Disertasinya yang berjudul Hikayat Hang Tuah: Analisa Struktur dan Fungsi diterbitkan oleh Gadjah Mada University Press pada tahun 1983. Dia dilantik sebagai Profesor Ilmu Filologi oleh Universitas Gadjah Mada pada tahun 1981 dan memegang jawatan Dekan di Fakultas Sastera universiti yang sama untuk beberapa tahun. | SASTERA | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata hang |
|
Puisi |
---|
|
Anak merbah di paya Tuk Barat, Pakai kain dua seragi; Hang tak megah aku tak minat, Orang lain ramai lagi.
Lihat selanjutnya... |
|