Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang muda, Siegfried memperoleh harta karun Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga membunuh seekor naga dan mandi dengan darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu, meninggalkan tanda yang tidak terlindung. |