Kuttab, al- ialah istilah yang digunakan di dunia Arab, merujuk kepada dua jenis pendidikan asasi bagi kanak-kanak. Pertama, ia merujuk kepada pendidikan kanak-kanak tentang ilmu-ilmu Islam seperti al-Quran, hadis, fiqah dan lain-lain, termasuk juga pendidikan asas bahasa Arab, yang meliputi kaedah-kaedah, tulisan, bacaan, syair dan sebahagian daripada ilmu hisab kepada kanak-kanak. Semua tempat belajar ini dinamakan sama ada dengan nama al-Kuttab, al-Maktab atau al- Khulwah. |