Perang Krimea (18531856) ialah perang antara tentera Rusia dengan tentera Berikat dari Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki), SardiniaPiedmont, dan United Kingdom. Nama perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea, sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine, tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun, sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau itu. |