Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN | KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT | KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT, kesatuan guru yang berdaftar di bawah Pendaftar Kesatuan Sekerja Malaysia. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ditubuhkan pada tahun 1968 dan diluluskan pendaftarannya pada 1 Mei 1968. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SIKHISME | Sikhisme ialah salah satu agama di India. Penganutnya menggelarkan diri mereka Sikh, yang bermaksud pengikut. Orang Sikh mengikuti ajaran 10 guru (guru kerohanian). Kitab suci orang Sikh, Guru Granth Sahib (Kitab Yang Dihormati) atau Adi Granth (Buku Pertama), mengandungi ajaran beberapa orang guru Sikh yang lain. Kira-kira 14 juta orang Sikh tinggal di India, iaitu sebahagian besar daripada mereka tinggal di bahagian utara Punjab. | UMUM | |
TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK | Taman bimbingan kanak-kanak ialah sekolah yang khusus bagi kanak-kanak yang berumur tiga atau empat tahun. Kanak-kanak ini belajar melalui pelbagai permainan dan aktiviti yang diselia oleh guru-guru yang dilatih khas. Taman bimbingan kanak-kanak, juga dipanggil prasekolah, membantu kanak-kanak membina kemahiran intelektual dan fizikal serta belajar menyesuaikan diri sebagai ahli sesuatu kumpulan. Sekolah ini juga mengajar aspek penjagaan kesihatan yang baik dan amalan keselamatan serta menggalakkan mereka berdikari. | UMUM | |
PENDIDIKAN GURU | PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Disiplin Ilmu |
LATIHAN GURU | LATIHAN GURU, latihan yang diberikan kepada calon guru untuk mengajar di sekolah rendah dan menengah. Latihan guru bagi sekolah rendah Inggeris bermula pada tahun 1905 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kursus ini dibuat secara pos. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Disiplin Ilmu |
TOKOH GURU | TOKOH GURU, anugerah untuk menghargai dan mengiktiraf kerjaya dalam bidang pendidikan. Anugerah ini mula diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 1970-an oleh Kementerian Pendidikan Malaysian. Ekoran daripada Hari Guru yang mula diadakan pada tahun 1972, Kementerian Pendidikan merasakan perlu diberikan satu penghormatan kepada guru sebagai penghargaan dan pengiktirafan terhadap kewibawaan seseorang guru di dalam dan luar bilik darjah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Anugerah/Hadiah |
LEMBAGA BAHASA MELAYU | LEMBAGA BAHASA MELAYU, pertubuhan bahasa yang ditubuhkan oleh guru-guru Melayu. Penubuhan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) pada tahun 1950 mendorong sebahagian guru Melayu untuk menubuhkan Lembaga Bahasa Melayu. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
MAJALAH GURU | MAJALAH GURU, majalah bulanan yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah Guru memperlihatkan pencapaian yang berkesan dalam menyumbangkan pemikiran mengenai kemajuan dan kesusasteraan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini mengemukakan ramai penulis yang terkenal, antaranya Zaba, Muhammad Yusuf Ahmad, Zainun Sulaiman dan Pungguk. | SASTERA | Penerbitan |
MAKTAB MELAYU MATANG | MAKTAB MELAYU MATANG, maktab perguruan kedua di Perak. Maktab ini dibuka pada 11 Oktober 1913, setelah Sultan Idris Syah tertarik dengan pencapaian Maktab Melayu Melaka yang telah ditubuhkan pada tahun 1900. O.T. Dussek, pengetua maktab tersebut, telah memberi bantuan merangka struktur dan kurikulum Maktab Melayu Matang. Kekurangan guru-guru terlatih bagi sekolah-sekolah Melayu Perak tidak dapat ditampung oleh Maktab Melayu Melaka yang dapat mengambil hanya 10 orang pelatih dari Perak pada setiap tahun. Maktab Melayu Melaka juga terpaksa melatih guru pelatih dari negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |