Alder ialah nama yang diberikan kepada kira-kira  30 jenis pokok renek dan pokok kecil yang  didapati di kawasan sederhana bahagian utara  dunia. Pokok alder dikaitkan dengan pokok birch   dan mempunyai daun bujur yang bergerigi. Bunga  betina yang dinamakan katkin (bunga ekor kucing),  yang membesar menjadi kon yang keras seperti  kon pokok pain yang kecil. Kon ini mengandungi  biji. Kon ini berubah menjadi hitam apabila bijinya  tertanggal dan akan tahan sepanjang musim sejuk.  Gugus hitam yang tergantung ini menyebabkan  pokok alder mudah dikenal pasti. Pokok alder  membentuk belukar yang tebal di kawasan  berpaya dan di cerun-cerun gunung. Ia biasanya  ditemui di tepi tasik dan sungai.  |