Stalagmit ialah pembentukan batu yang timbul dari lantai gua, khususnya di dalam gua batu kapur. Kebanyakan stalagmit terbentuk apabila air yang menitis ke lantai dari dinding dan bumbung sesebuah gua, membawa bersamanya kalsit terlarut, iaitu satu bentuk kalsium karbonat. Apabila air memasuki persekitaran gua itu, air tersebut kehilangan karbon dioksida dan meninggalkan kalsit. Kalsit bertimbun menjadi bentuk batu yang berwarna-warni, yang kelihatan seperti jurai air batu yang terbalik. |