Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci  agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita  bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam  bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad-   Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia  telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India  yang utama dan juga beberapa bahasa Barat.  Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali  sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an  M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah  sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata,   puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata).  Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi  kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah  ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada  tahun 100-an M. dan tahun 200-an M.  |