Kitab al-Nawadir ialah sebuah karya dalam ilmu bahasa yang dikarang oleh Abu Zayd al- Ansariy (meninggal dunia 215 H/830 M), iaitu kitab tertua yang sampai kepada kita. Isi kandungannya adalah tentang al-Nawadir (perkataan yang jarang didengar). Ia juga mengandungi lafaz-lafaz gharib (ganjil) yang jarang digunakan dalam gaya bahasa praktis. |