Pérez de Cuéllar, Javier ( 1920 ) ialah diplomat Peru yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelima dari tahun 1982 hingga tahun 1991. Dia menggantikan Kurt Waldheim dari Austria yang memegang jawatan itu sejak tahun 1972. Pérez de Cuéllar ialah Setiausaha Agung PBB pertama yang berasal dari Amerika Latin. Dia berkhidmat selama dua penggal iaitu sepanjang sepuluh tahun. Dia digantikan oleh Boutros Boutros-Ghali dari Mesir pada bulan Januari 1992. |