Rachmaninoff, Sergei Vassilievich (1873 1943) ialah penggubah dan pengarah muzik Rusia dan salah seorang pemain piano yang teragung dalam sejarah muzik. Gubahan Rachmaninoff secara amnya membawa gaya romantik penggubah Rusia, Peter Illich Tchaikovsky pada awal tahun 1900-an. Malahan karya-karyanya yang terakhir pada tahun 1930-an masih tidak dipengaruhi oleh aliran moden. Muziknya dipengaruhi oleh canta dan alat muzik loceng Gereja Ortodoks Rusia. Pengaruh ini lahir melalui muzik Rachmaninoff yang bermelodi ringkas dengan bunyi papan nada yang penuh. Dia mengadun ciri-ciri asli Rusia ini dengan ekspresinya sendiri yang ghairah dan amat mendalam. |