Pertempuran Pharsalus ialah pertempuran antara tentera jeneral Rom Julius Caesar dengan tentera Pompey pada tahun 48 S.M. Selepas menawan Gaul (58 S.M. hingga 51 S.M.), Caesar menjadi pemerintah tentera yang paling berkuasa di dunia Rom. Pompey dan dewan senat di Rom gerun terhadap kuasa dan cita-cita Caesar. Perang saudara pun meletus. Pompey pada mulanya telah menang. Apabila kedua-dua tentera tersebut bertempur di Pharsalus (kini Farsala) di Greece, jumlah tentera Pompey melebihi jumlah tentera Caesar, iaitu melebihi seramai 40 000 orang. |