Semenanjung Tanah Arab, gurun yang gersang yang terletak di barat daya Asia. Sebahagian besar daripada gurun ini ialah negara Arab Saudi dan bahagian lain terdiri daripada negara Yaman, Oman, Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Kuwait serta sebuah pulau yang dikenali sebagai Bahrain yang terletak berhampiran dengan pantai timur semenanjung ini. Semenanjung Tanah Arab amat luas dan sebahagian besarnya diliputi oleh tanah gersang yang sesetengah tempatnya amat jarang menerima hujan. Suhu di bahagian tengah semenanjung ini mencapai 54 ° C pada musim panas. Walau bagaimanapun, Semenanjung Tanah Arab merupakan satu kawasan ekonomi terpenting kerana ia mengandungi sumber minyak yang terbesar di dunia. |