Olav V (19031991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (19391945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. |