THAHARUDDIN AHMAD | THAHARUDDIN AHMAD (1921 - ), pengasas Gerakan Angkatan Melayu Muda Malaya (GERAM). Dia lahir pada 15 Februari 1921 di Barulak, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah, sebelum mempelajari Islam dan ekonomi di Moderne Islamietische Kweekschool (MIK), Darul Mualliminal Ashriyah dan di Maktab Pendidikan Guru Islam Moden, Bukittinggi, Sumatera Barat. Di MIK, dia belajar selama empat tahun di tingkatan rendah aliran Arab, kemudian empat tahun lagi di tingkatan tinggi yang menggunakan aliran bahasa Arab dan Belanda. Setelah memperolehi Diploma Pendidikan Guru dan Ekonomi Rendah, dia bertugas sebagai guru di MIK hingga tahun 1939. semasa di sekolah tinggi, kesedaran politik antipejajah telah terbentuk hasil penglibatannya dalam gerakan pelajar di sana. Pada tahun 1940, Thaharuddin berhijrah ke Singapura dan menjadi guru di sebuah sekolah Arab, sebelum bertugas sebagai pengurus sebuah syarikat milik rakyat Indonesia hingga syarikat itu ditutup pada tahun 1941. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |