Salinger, J.D. (1919 ), pengarang Amerika yang menjadi terkenal kerana novelnya The Catcher in the Rye (1951). Wira novel ini yang juga penceritanya, Holden Caulfield, ialah penuntut yang tercicir dari sekolah persediaan. Semasa hanyut di New York City, Holden belajar menghadapi kepura-puraan yang ditemuinya dalam kehidupan dunia orang dewasa dan kelemahannya sendiri. Dalam novel ini dan dalam banyak fiksyen yang dihasilkannya kemudian, Salinger secara humor dan meyakinkan menggambarkan ucapan, gerak-geri dan perasaan orang muda. |