Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
GENDANG KONGA | | UMUM | |
GENDANG KELING | GENDANG KELING, persembahan muzik instrumental yang popular di Kedah dan Perlis. Istilah gendang keling merupakan singkatan daripada gendang keliling. Biasanya, gendang keling dipersembahkan dalam upacara edaran hidup seperti majlis berkhatan dan perkahwinan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
GENDANG GANGSA | GENDANG GANGSA, gendang yang diperbuat daripada gangsa termasuk bahagian atas sebagai palunya. Dengan sekeping logam nipis berbentuk tong, tanpa bahagian bawah, gendang gangsa dibentuk. Sebahagian besar gendang gangsa yang ditemui mempunyai ragam hias yang menarik dan mempunyai saiz antara 20 cm hingga 120 cm dengan berat 23 kg hingga 122.9 kg. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
GENDANG SARAWAK | Gendang Sarawak, alat muzik tradisional masyarakat Melayu Sarawak. | KESENIAN | Alat/Alatan |
GENDANG | GENDANG, alat muzik membranofon yang menghasilkan bunyi melalui membrane (kulit muka) yang ditegangkan. Gendang dipalu dengan tangan, kayu ataupun rotan. | BUDAYA | Alat/Alatan |
GEDOMBAK | GEDOMBAK, gendang kecil satu muka dan berbentuk labu air. Gedombak digunakan dalam persembahan wayang kulit Siam, mak yong dan menora di Kedah, Kelantan dan selatan Thailand. | BUDAYA | Alat/Alatan |
DAVIDSON, PHILMORE BOOTS | Davidson, Philmore Boots (19271993) ialah ahli muzik yang memperkenalkan tambur atau gendang keluli di United Kingdom (UK). Dia menubuhkan pancaragam keluli Casablanca, yang menjadi terkenal dengan gaya rentak kalipso. | UMUM | |
DIANG-DIANGAN | DIANG-DIANGAN, cerita rakyat Brunei yang dituturkan secara berlagu dari mulut ke mulut dengan diiringi pukulan gendang yang khusus. Cerita ini dituturkan dalam dialek bahasa Brunei yang diselang-seli dengan perkataan-perkataan Melayu Brunei lama. Diang-diangan berbeza bentuknya daripada hikayat dan syair, walaupun sering terdapat persamaan bunyi pada akhir kalimat yang tertentu. Diang-diangan hanya mementingkan kata-kata yang sesuai dan menarik untuk menghidupkan jalan cerita. | SASTERA | Karya |
BEDUK | BEDUK, sejenis gendang besar yang dipalu khusus untuk memberi isyarat masuknya waktu sembahyang. | BUDAYA | Konsep |
BEDONDANG | BEDONDANG, sejenis permainan gendang secara berkumpulan dengan diiringi nyanyian usik-mengusik. | BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gendang-gendang |
|
Puisi |
---|
|
Gendang bertabuh tigalah bangsal, Jamu-berjamu semangkuk jeluk; Nak menambat kasih yang tunggal, Macam ikan balik ke lubuk.
Lihat selanjutnya... |
|