Moravia, Alberto (19071990), penulis Itali. Dia mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya mempunyai gambaran dan dialog yang realistik, gaya penulisan yang bebas dan jelas serta memberikan pandangan yang tajam mengenai gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia mengkritik keruntuhan moral di Itali dan menggambarkan watak-watak yang terasing dari masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit sosial. |