Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
GAWAI | GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, gawai atau gawa bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan. | BUDAYA | Adat |
GAWAI BURUNG | GAWAI BURUNG, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk meraikan kejayaan pahlwan sekembali mereka daripada ngayau. Gawai ini juga dianggap sebagai majlis pertabalan seorang wira atau raja berani. | BUDAYA | Konsep |
GAWAI BATU | GAWAI BATU, perayaan masyarakat Iban yang diadakan untuk memohon restu, rahmat dan rezeki daripada dewa yang bernama Raja Simpulang Gana supaya tuaian padi meningkat. Gawai Batu diadakan pada akhir bulan Mei atau bulan Jun berikutan tuaian pada musim itu tidak memuaskan. Hanya selepas perayaan ini, manggul (penebasan tapak huma) boleh dimulakan. | BUDAYA | Adat |
GAWAI DAYAK | GAWAI DAYAK, perayaan rasmi tahunan kaum dayak iaitu suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Hulu yang tinggal di Sarawak. | BUDAYA | Adat |
GAWAI ANTU | GAWAI ANTU, perayaan masyarakat Iban di Sarawak yang diadakan untuk memberi penghormatan terakhir kepada antu (roh) seorang ahli keluarga yang telah meninggal dunia. | BUDAYA | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gawai |
|
|