Meridian ialah garisan yang dilukis di atas glob dunia dari kutub utara ke kutub selatan. Setiap garisan mengelilingi separuh glob dan bersambung dengan garisan yang satu lagi pada kedua-dua kutub. Garisan ini dipanggil meridian. Dua garisan meridian bersambung pada kedua-dua kutub membentuk edaran meridian. Garisan meridian digunakan untuk mengukur longitud, iaitu jarak timur atau barat daripada garisan yang melalui Greenwich, England. |