Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NOMBOR GANJIL | Nombor ganjil ialah integer yang menepati mana-mana syarat berikut: (i) tidak boleh dibahagi dengan nombor 2 (ada baki nombor dihasilkan selepas pembahagian), atau | MATEMATIK | Konsep |
KODOK SURINAM | Kodok Surinam ialah kodok berbentuk ganjil yang terkenal kerana cara luar biasa ia membesarkan anaknya. Ia dinamakan sempena nama Surinam, sebuah negara di timur laut Amerika Selatan, di tempat ia mula-mula ditemui. | UMUM | |
PAPAN LAPIS | Papan lapis ialah bahan binaan yang biasanya dibuat daripada lapisan kayu nipis yang ganjil bilangannya yang telah digam bersama. | UMUM | |
KUMBANG RUSA JANTAN | Kumbang rusa jantan ialah nama bagi famili kumbang, yang sesetengah kumbang jantannya mempunyai tanduk besar yang ganjil. | UMUM | |
RIPLEY, ROBERT LEROY | Ripley, Robert LeRoy (18931949) ialah pelukis kartun Amerika Syarikat yang termasyhur di seluruh dunia dengan panel kartunnya yang dikenali sebagai Believe It or Not. Panel ini mengesahkan keanehan dan faktor yang ganjil dalam peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Di puncak kepopularannya, jumlah pembaca Believe It or Not dalam akhbar harian dianggarkan 80 juta orang. Rencana itu juga mengandungi bahan untuk syarahan, serta kehadiran Ripley sendiri dalam pertunjukan di radio dan televisyen, buku, filem, dan muzium. | UMUM | |
SITWELL, DAME EDITH | Sitwell, Dame Edith (18871964) ialah pemuisi, pengkritik dan penulis biografi Inggeris. Dia menjadi salah seorang sasterawan yang paling kontroversi pada zamannya kerana puisi eksperimennya yang biasanya kabur dan gaya hidupnya yang ganjil. Sitwell terkenal kerana pakaiannya yang menarik perhatian, antaranya topinya yang luar biasa, jubah Zaman Pertengahan, dan barang kemas yang sangat besar saiznya. | UMUM | |
DINESEN, ISAK | Dinesen, Isak (18851962) ialah nama pena Baroness Karen Blixen-Finecke, pengarang Denmark yang menulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa Denmark. Karya-karyanya membicarakan manusia dan situasi yang aneh, tidak munasabah dan ganjil. | UMUM | |
SURAH AL-FAJR | Surah al-Fajr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-89 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 30 ayat. Surah ini dinamakan al-Fajr (Fajar) kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan cahaya fajar ketika ia menyingsing di akhir kegelapan malam. Begitu juga Allah S.W.T. membawa lafaz sumpah dengan 10 malam yang berkat pada akhir bulan Zulhijah, dengan malam yang bilangannya genap dan ganjil seperti mana dalam firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Demi fajar, dan malam yang sepuluh dan yang genap dan yang ganjil. (Surah al-Fajr 89:13) | UMUM | |
SMOLLETT, TOBIAS GEORGE | Smollett, Tobias George (17211771) ialah salah seorang penulis novel awal Inggeris yang hebat. Novelnya yang disampaikan secara tidak teratur menceritakan kisah lucu dan kadangkala lucah yang berlaku dalam kehidupan watak utama. Novelnya dibaca kerana watak ganjil, satira sosial yang getir, dan semangat lucunya yang meluas. | UMUM | |
RANGKAP BEBAS | Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi. Dalam penulisan rangkap bebas, penyair mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan menggunakan tempat berhenti yang ganjil di penghujung setiap rangkap. Mereka juga menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi dan ulangan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ganjil; |
|
|