Sesendal ialah silinder berongga yang  digunakan sebagai lapik boleh tanggal dalam  bahagian-bahagian bergerak pada mesin dan alat  elektrik. Dalam jentera, sesendal mungkin  digunakan sebagai bering bagi gandar atau pangsi  untuk mengurangkan geseran dan haus. Ia juga  mungkin digunakan untuk menyambungkan paip  dengan aksesori paip yang lebih besar saiznya.  Sesendal bagi jentera biasanya dibuat daripada  plastik, gangsa, atau logam Babbit atau logam   antigeseran yang lain. Dalam bahagian-bahagian alat  elektrik, sesendal mungkin digunakan untuk  menebat sambungan litar.  |