Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran, hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan yang menarik yang terletak berdekatan dengannya termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh- tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai Dunn. |