Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA | GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PLEKHANOV, GEORGI VALENTINOVICH | Plekhanov, Georgi Valentinovich (1856 1918) ialah pembela utama dan penterjemah gagasan Marxis di Rusia pada lewat tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia ialah anak lelaki bongsu dalam keluarga bangsawan. Dia lahir di Gudalovka, berhampiran Tambov, Rusia. Sebagai seorang pemuda, dia menyertai gerakan revolusi yang mahukan pemerintahan sosialis di Rusia. Pada tahun 1880, dia melarikan diri ke Switzerland untuk mengelakkan daripada ditangkap kerana kegiatan politiknya. Di sana, dia menjadi pengikut Karl Marx, pengasas fahaman komunis, Jerman. | UMUM | |
PERANG SALIB | Perang Salib ialah nama sempena serangan askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 1114 M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari segi geografi yang menyambungkan di antara timur dengan barat, dan keinginan menguasai tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga bertujuan menyekat usaha pembukaan negara- negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain. Mereka telah menyusun tentera yang datang dari Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan 1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan peningkatan kekuatan senjata. | UMUM | |
MAPHILINDO | MAPHILINDO, gagasan untuk menyatukan negara-negara rumpun Melayu. Gagasan ini merangkumi Tanah Melayu Persekutuan (Malaya), Indonesia dan Filipina dalam satu persekutuan yang besar. Gagasan MAPHILINDO (Malaya, Philippines, Indonesia) dikemukakan oleh Diasdado Macapagal, Presiden Filipina, di Persidangan Menteri-Menteri Luar, di Manila pada bulan Jun 1963. Persidangan ini dihadiri oleh pemimpin dari ketiga-tiga negara untuk berunding bagi menyelesaikan konflik antara negara berkaitan isu penubuhan Persekutuan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1961. Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Dato Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan; Indonesia diwakili oleh Dr. Subandrio, Menteri Luar; dan Filipina diwakili oleh Emmanuel Pelaez, Naib Presiden merangkap Setiausaha Luar Negara. Adalah diharapkan penubuhan gagasan ini dapat mewujudkan keamanan serantau dan ia dapat bertindak sebagai benteng kepada ancaman luar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ANTI-CHRIST | Anti-Christ adalah kuasa atau orang yang menentang Jesus Christ. Menurut kitab Bible, Anti- Christ akan berkuasa sebelum Hari Pengadilan, tetapi kemudian dikalahkan oleh Christ. Gagasan tentang perang akhir antara yang baik dengan yang jahat wujud di kalangan orang Babylon, Iraq, dan Yahudi sebelum diterima oleh Kristian. Istilah A nti- Christ muncul hanya dalam Warkah John yang Pertama dan Kedua. Konsep Anti-Christ muncul dalam Wasiat Baru. Sebagai contoh, konsep ini dilambangkan dalam Book of Revelation sebagai sejenis haiwan, satu bentuk Iblis. | UMUM | |
UNKO | UNKO, parti politik di Sabah. UNKO ialah singkatan United National Kadazan Organization. Parti ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1961 khas untuk suku kaum Kadazan dan dipimpin oleh Donald Stephens. Ketika gagasan Malaysia diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, UNKO bersama-sama beberapa parti politik lain di Sabah dan di Sarawak telah menolak gagasan tersebut. Donald Stephens kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perpaduan Malaysia bagi memeriksa dan menyelidik pendapat rakyat Sabah tentang gagasan itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GELANGGANG | GELANGGANG, persatuan seniman Indonesia. Persatuan ini ditubuhkan pada 19 November 1946, atas gagasan Chairil Anwar dengan beberapa orang intelektual Indonesia, iaitu Asrul Sani, Rivai Apin, M.Akhbar Djuhana, Mochtar Apin, Baharuddin dan Henk Ngantung. Gagasan Gelanggang iaitu Generasi Gelanggang lahir daripada pergolakan roh dan fikiran kita, yang sedang menciptakan manusia Indonesia yang hidup. Generasi yang harus mempertanggungjawabkan dengan sesungguhnya penjadian daripada bangsa itu. Bahawa kita ingin melepaskan diri kita daripada susunan lama yang telah mengakibatkan masyarakat yang lapuk, dan kita berani menentang pandangan, sifat dan anasir lama ini untuk menjalankan bara kekuatan baru. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA | KONFRONTASI INDONESIA- MALAYSIA, penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul rahman Putra iaitu untuk menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Pandangan Tunku telah mendapat sokongan yang meluas daripada pihak British sehingga gagasan Malaysia muncul menjadi satu rancangan bersama antara pihak British dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Idea penubuhan Malaysia telah membawa Malaysia dan Indonesia ke dalam satu krisis serantau. Sukarno, Presiden Indonesia, menganggap penubuhan Malaysia sebagai satu projek Indonesia mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PERPADUAN RAKYAT KALIMANTAN | PERPADUAN RAKYAT KALIMANTAN, gagasan yang diusahakan untuk penyatuan Kalimantan Utara khususnya Sarawak, Sabah (Borne Utara) dan Brunei dalam satu wilayah yang dinamakan Kesatuan Kalimantan Utara. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA | PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA, forum cendekiawan, sasterawan dan budayawan serantau. Gagasan untuk mengadakan pertemuan ini lahir sewaktu berlangsungnya Seminar Kesusasteraan di Kuala Lumpur pada bulan April 1973. Seminar ini telah menghasilkan beberapa penyataan yang menjadi dasar berlangsungnya Pertemuan Sasterawan Nusantara. Antara pernyataan tersebut termasuklah (i) kesedaran adanya ikatan dan hubungan sejarah rumpun bangsa dan kebudayaan yang beradab lamanya antara rakyat negara-negara kawasan ikatan dan hubungan dalam penjelmaan dan pentafsiran baru bagi kepentingan dan kemajuan kebudayaan Nusantara, khususnya sasterawan dan (iii) kesedaran tentang hak penulis dan keadilan masyarakat. | SASTERA | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata gagasan |
|
|